Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Internet bersama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Kumpulan 2

27 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2019, Rabu, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Internet yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 3:30 petang. Seramai 10 orang kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang menyertai kelas tersebut.

Para peserta didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Powerpoint seperti cara membuat slaid perbentangan dan cara memasukkan ilustrasi dan animasi ke dalam slaid. Selain itu, mereka juga didedahkan cara penggunaan internet yang betul dan penggunaan emel serta google drive.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali